Bismillahirrahmanirrahim..
Jemput baca artikel yang saya copy and paste dari emel boss saya ^^
sharing is caring and loving..;)
SELESEMA BABI
Wajib baca !Elakkkan bencana H1N1.
Apa itu H1N1?
viral novel influenza type A H1N1. Ianya berasal dr virus avian flu (selsema burung H5N1) yang telah menjangkiti babi @ khinzir dan telah bergabung dengan swine flu (yg sepatutnya hanya menjangkit ternakan babi sahaja) dan telah evaluasi (mutasi) untuk penyesuaian diri di dalam host yg lebih tinggi di dlm rantaian makanan @ manusia. Dan semasa di dlm badan manusia, sekali lagi ia berevolusi supaya ia menjadi air born dan menjangkit dr manusia kpd manusia.
Berapa lama jangka hayat virus ini?
Oleh kerana ia adalah virus yang air born, ia hanya boleh bertahan di udara selama 2 hingga 8 jam sahaja. Jika selepas tempoh tersebut ia idak mendapat perumah @ host( badan manusia) ia akan mati.Maka bilik yang dibiarkan selama 24 jam dengan air ventilation yg baik akan bersih dr virus tersebut.
Apa yang perlu tahu?
Asal virus ini sebenarnya telah terdapat outbrake di US sebelum terjadi outbrake di Mexico tp tidak dilaporkan kpd WHO. Kemungkinan outbrake ini telah dikesan dan US mahu “baling batu sembunyi tangan” lalu tercetus la outbrake di Mexico. Virologi virus H1N1 incubation period yg singkat pada purata 2 hari dgn julat 1 – 4 hari ini bermakna ia cepat menyerang badan manusia setelah ia menjangkit pesakit. Pesakit akan menunjukkan simptom selepas 1 hari dijangkit paling cepat dan selewat2nya hari ke-4. H1N1 sebenarnya adalah selsema biasa namun kpd pesakit yg berisiko, ia dapat membunuh. Jika pesakit adalah seorang yg normal, ia hanya akan memberi kesan seperti demam selsema biasa dan batuk. Cara serangan virus ini boleh disebarkan melalui
batuk, bersin dan percakapan. Virus ini akan menyerang sistem pernafasan ( seperti selsema burung dan SARS) peringkat awal, ia hanya pada trakea jika tidak mendapat rawatan awal, ia akan menyerang paru2 dan boleh menyebabkan kematian akibat lung collapse. Ia amat merbahaya kpd golongan yg berisiko tinggi.
Siapa yang berisiko?
1.orang yg ada masalah obesiti @ gemuk
2. perempuan yg mengandung
3 .orang yg ada asthmatic
4 . orang2 yg bermasalah dgn sistem imunisasi ( menjalani operation yg besar, kanak2 yg belum cukup suntikan imunisasi, golongan2 yg rendah tahap imuniti eg. HIV ext.)
* kematian yg telah dilaporkan terdiri drpd golongan2 di atas.
Apakah simpton-simpton penyakit ini?
Day 1: rasa kurang sihat, tak bermaya
Day 2: selsema, batuk dan demam yg kekal ( demam tidak turun walaupun telah mkn ubat demam)
Day 3: rasa kurang selesa di bahagian dada dan sesak nafas
Day 4: sakit dada yg teruk (jumpa doktor dengan segera)
Day 5 and above: lung collapse @ koma
Apakah langkah-langkah kawalan?
1) golongan2 yg berisiko, elakkan drpd kesesakan ( kawasan yg padat dgn orang ramai)
2) menjaga kebersihan diri, basuh tangan selalu dan dgn betul, jaga kebersihan rumah dan persekitaran (sila mandi cepat2 selepas balik kerja atau balik dari tempat awam)
3) elakkan diri jika terdapat orang batuk, bersin dan kurang sihat
4) jika kurang sihat, elakan diri dr beraktiviti (sosial dan berkumpulan)
5) jika kurang sihat dan ada ILI ( influenza light illness @ selsema biasa) jgn hadirkan diri di kawasan orang ramai. Jika terpaksa, pakai mask (sekurang2 nya 3 ply mask)
6) utk org yg sihat, elakkan dr kawasan yg padat.
7) jika ada tanda2 simptom diatas, segera ke hospital untuk pemeriksaan dan rawatan
8 ) jika sihat, jgn ke hospital atau klinik utk checkup kerana di kawasan tersebut mengandungi banyak virus.
9) tak perlu ambil anti-viral @ apa2 ubt influenza!!!!!!!!!!. jika sihat dan mengambilnya, akan mengakibatkan resistan kpd vaksin @ ubt2 untuk merawat jika terkena jangkitan. ini adalah kerana berlakunya resistansi virus terhadap persekitaran badan yg telah
mengambil ubt2 tersebut terlebih awal.
10) vaksin hanya akan wujud seawal2nya pada Oktober dan hanya utk frontliner shj. Dan utk awam selewat2nya pada 2010.
11) Utk makluman, influenza test hanya dijalankan di 2 makmal shj di malaysia. mengambil masa 6 jam utk run test kpd 1 batch sample. jika klinik menyatakan mereka boleh jalankan ujian, itu tidak betul. tak perlu ambil suntikan seasonal influenza kerana ia tidak berkaitan. (harga untuk buat test adalah dalam RM1000++ kawan saya cakap..tak ke mahal tu?)
12) tahap kesedaran dan pengetahuan yg tinggi amat perlu utk kita sama2 menghadapi outbreak ini. sama2lah kita berdoa kpd ALLAH s.w.t agar bala ini cepat berlalu. Amin.
(Ini adalah sumberdr taklimat H1N1 oleh pengarah kawalan penyakit berjangkit dr kem. kesihatan Malaysia di Pan Pacific KLIA pada 01.08.2009.)
———
Nota diri:
Jadi jangan salahkan babi.. dia hanya makhluk Tuhan paling seksi..hehe..:P
Bila ada yang berpendapat bila kita hapuskan babi dari muka bumi maka hilanglah H1N1..saya terfikir bukankah Allah menjadikan sesuatu itu ada hikmahnya?begitu juga babi..cuma manusia sendiri degil ego dan sombong dengan penciptaNya yang Maha Tahu..Dia kata jangan makan babi..makan juga..ish3..
Dan bagi yang tak makan babi tapi kena juga H1N1 janganlah marah dan menyalahkan takdir semata..istighfar banyak-banyak dan redhalah dengan ketentuanNya..jadikan itu tanda Allah sayangkan kita..iyela di zaman manusia semakin leka dengan dunia..Allah memberi peluang kita muhasabah diri dan kembali mengingati Dia..mungkin anda lebih bernasib baik dan bertuah kerana bila anda sempat bertaubat nasuha semasa sakit itu dan mungkin akan mati..insyaAllah anda akan mati dalam iman..bukankan itu lebih baik dari dunia dan segala isinya?lagipun itu adalah salah satu tanda akhir zaman..lebih baik mati sekarang dari mati ketika melakukan dosa atau maksiat..wallahualam..
Rasulullah s.a.w. telah bersabda: “Hitunglah ada enam peristiwa yang akan terjadi menjelang kiamat, iaitu kematianku, kemudian penaklukan Baitul Maqdis kemudian terjadinya kematian masal yang disebabkan oleh wabak penyakit yang akan menimpamu seperti penyakit Qu’as yang menimpa kambing.” (Diriwayatkan oleh Bukhari dalam kitab Sohehnya dari Anas bin Malik pada “Kitabul Jizyah wa al-Muwa‘idah”, juz 6, dan juga diriwayatkan oleh Ahmad dan At-Tabrani dari Mu’az bin Jabal.).