Nikah: The beginning of True Love Journey ^^)v
Bismillahirrahmanirrahim…
Alhamdulillah..
semalam genap sebulan saya menjadi isteri kepada En. Zul..hehe..
(sebulan pun nak kecohkan..takpela sementara saya boleh kecoh
)
terasa macam baru semalam saya bernikah dengan dia..*wink3*
i love you!
kepada En Zul tercinta, saya nak ucapkan:
terima kasih sebab pilih saya jadi isteri awak…
terima kasih kerana bersusah payah nak kahwin dengan saya..
terima kasih kerana terima saya seadanya..
terima kasih kerana mencintai saya..
terima kasih kerana sentiasa menyokong saya..
terima kasih kerana sayang saya..
terima kasih kerana rindukan saya..
terima kasih kerana membahagiakan saya..
terima kasih kerana tahan dibuli oleh saya..sorry tak sengaja hee ;P
terima kasih kerana layankan kerenah saya..
terima kasih untuk segala-galanya..
YOU COMPLETE ME~
————————-
Ketika diri mencari sinar
Secebis cahaya menerangi laluan
Ada kalanya langkahku tersasar
Tersungkur di lembah kegelapan
Bagaikan terdengar bisikan rindu
Mengalun kalimah menyapa keinsafan
Kehadiranmu menyentuh kalbu
Menyalakan obor pengharapan
Tika ku kealpaan
Kau bisikkan bicara keinsafan
Kau beri kekuatan, tika aku
Diuji dengan dugaan
Saat ku kehilangan keyakinan
Kau nyalakan harapan
Saat ku meragukan keampunan Tuhan
Kau katakan rahmat-Nya mengatasi segala
Menitis airmataku keharuan
Kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu mendamaikan
Hati yang dahulu keresahan
Cinta yang semakin kesamaran
Kau gilap cahaya kebahagiaan
Tulus keikhlasan menjadi ikatan
Dengan restu kasih-Mu, oh Tuhan
Titisan air mata menyubur cinta
Dan rindu pun berbunga
Mekar tidak pernah layu
Damainya hati
Yang dulu resah keliru
Cintaku takkan pudar diuji dugaan
Mengharum dalam harapan
Moga kan kesampaian kepada Tuhan
Lantaran diri hamba kerdil dan hina
Syukur sungguh di hati ini
Dikurniakan teman sejati
Menunjuk jalan dekati-Nya
Tika diri dalam kebuntuan
Betapa aku menghargai
Kejujuran yang kau beri
Mengajarku mengenal erti
Cinta hakiki yang abadi
Tiada yang menjadi impian
Selain rahmat kasih-Mu Tuhan
Yang terbias pada ketulusan
Sekeping hati seorang insan
Bernama teman
Sebuah Pertemuan,UNIC
———————————-
Harap2 En Zul saya masih ingat dengan lagu ni..^^
Dan semestinya terima kasih yang tak terhingga buat Yang Maha Kuasa..
kerana dengan rahmat, kasih sayang dan cintaNya saya bertemu jodoh dengan suami tersayang dan diberi nikmat yang sangat indah dalam hidup..Alhamdulillah~









January 27, 2010 at 12:53 am
suke lagu tu….suke2….:p
January 27, 2010 at 1:25 am
i lovin’ it
ak dedicate lagu ni kt ko k ^^v
January 27, 2010 at 9:26 am
yeah~! masa utk berjiwang~
hahaa.. (^_^)
January 28, 2010 at 3:41 am
lagu ape tu?
January 28, 2010 at 4:51 am
ape ko cha..baca or not..kn dh tulis 2 lagu sebuah pertemuan ( UNIC )..betul x apart..hehe..
bgus b’jiwang ni..kdg2 bleh mlapang kn ati..huhu..jiwang2..
February 3, 2010 at 7:29 am
ee..ye la…aku x bc abeh3..mengong nye jeh
February 1, 2010 at 6:13 am
hurmm~~~semoga sentiasa ‘bercinta’ di alam rumah tangga ye puan alfath..
February 5, 2010 at 6:40 am
aminn.terima kasih kak ani
kak ani bila pulak?
lps kak izat eh?;D
February 2, 2010 at 1:33 am
apath, biler baca lirik lagu ni, terasa sayu jer..biler kmpulan tu nyanyi, mcm xder paper..nk nangis plak..huhu..biler nani punya masa plak nih….boleh wat request x?nk dgr apath nyanyi lagu ni bleh???hehehe
February 5, 2010 at 7:05 am
hehe..dh fikir msk2 sblm request ke nani?
nnt kte nyanyi nani mesti nangis dgr suara kte yg pitching lari..melodi berterabur..lirik lupa..;P