Cita-cita Bakal Ibu
Bismillah..
Alhamdulillah hari Ahad lepas saya berpeluang ke my bestfriend wedding, Pn Syikin kat Kuantan. Terima kasih kepada En Suami yang menjadi pemandu tegar dan pendengar setia gosip dan cerita hangat Pn Isteri dan rakan gossip girlnya, Cik Cha dan Cik Min. Terima kasih kerana anda berdua buat saya tak tidur sepanjang perjalanan yang memang panjang. Boleh masuk rekod ni.
Ok, dalam banyak-banyak cerita gosip dan merepek yang kami dok cerita dalam kereta, topik gosip anduh bayi sangat menarik hati jiwa dan raga seorang bakal ibu ni. Kak Cha dengan begitu semangat mengesyorkan saya beli baby sling macam kak senior dia. Dia kata best. Dan saya tengok memang best pun. Selalu tengok sepupu suami pakai, macam in giler baby sling ni. Lagi-lagi kalau ada corak-corak menarik atau corak sepasang dengan baju.
Anway baby sling ni sebenarnya dah lama wujud. Tapi dulu, bibik-bibik yang biasanya berketurunan Java je yang pakai. Tapi dorang tak panggil baby sling or baby pouch, dorang panggil emban (terima kasih En Google!). Pastu kain pulak guna kain batik je. Confirmlah orang tak pandang sangatkan. Tapi lately ni, sejak banyak celebrity antarabangsa pakai, baru orang pandang and komersialkan benda ni. Sekian sejarah baby sling.
Ok, sebenarnya nak cakap, sekarang ni (esok lusa tulat langkat harapnya pun camtu) sangatlah bercita-cita bagaikan mengidam nak menjahit sendiri baby sling sebabnya nampak senang je nak buat. Mesin jahit mak mentua tersayang pun dah lama tak sentuh. Last sentuh masa kemas-kemas untuk raya. Tu pun sentuh lap-lap habuk jela. Sentuh untuk menjahit tak pernah lagi pun. Hehe.
Jadi, oleh sebab semangat yang membara, pergilah tanya-tanya kat En Google cara-cara nak DIY baby sling ni. Yang hampehnya, tak jumpa langsung website berbahasa kebangsaan Malaysia cerita secara terperinci cara nak buat benda alah ni. Keciwa den. Yang banyak buat tutorial and ajar buat or pakai baby sling ni, orang-orang putih. Bagus dorang ni, tak kedekut ilmu. So dengan kepandaian Bahasa Inggeris tahap 1, saya cuba memahami langkah-langkah nakĀ buat baby sling tu. Alhamdulillah, tak sangka English saya dah up ke tahap 2. Haha.
Jadi bagi sesiapa yang ada cita-cita yang serupa, bolehlah melayari website best nak wat baby sling ni:
Website ni kalau nak belajar buat Mei Tai..(Mei Tai pun cambest dan macam senang.Macam jela)
Yang ni pulak pasal cara pakai and nak buat bayi atau baby wearing, kelebihan baby sling dan perkara yang sewaktu dengannya. Dia siap ajar cara paling mudah nak sling baby, tak payah jahit pun boleh, guna material yang ada je..best..ee tak sabar rasanya nak sling baby dalam perut ni. Hehe
Okla. nak sambung tido and mimpi indah pasal baby sling. hehe.
Oh ya, buat Sang Suami buah hati penggarang jantung penyejuk mata penyedap telinga pelengkap rasa yang tercinta, Selamat Hari Jadi sayang. Entry pasal awak saya buat esok k, lepas kita celebrate malam esok dan malam esoknya lagi. Hehe. I love you so mush abang. Cup3 :*
Good Night. Sleep Tite.








October 6, 2010 at 3:33 pm
ala..akak lupe nk bg apat website yg ade ade jual online benda alah tu…btw dh tgk yerk blog kakak senior tu….mcm best kan benda tu?
October 9, 2010 at 4:43 am
dh tgk tp xjmp lak psl baby sling tu..
org plan nk jahit sendri baby pouch ni..hehe
wish me luck..haha
October 15, 2010 at 4:01 am
go..go..ibu baby..if berjaya buatkan utk kak anie akan dtg ye.
nak color pink tau..hahaha