Geram.
Bismillahirahmanirrahim.
Pesanan Penaja: Ini adalah entry luahan perasaan seorang rakyat Malaysia yang prihatin yang kecewa dan geram. Maka minta maaf kalau entry ini berbaur politik, emosi dan penuh dengan kegeraman. Wutda!!
Ok. Pertama-tamanya, saya sungguh emosi sejak mengetahui pasal projek menara mega 100 tingkat yang dicadangkan oleh pihak berkuasa semalam. Ya, saya agak lambat tahu sebabnya masa saya dengar pembentangan belanjawan hari tu agak lewat. Dengar-dengar Encik Pembentang cakap pasal seluar dalam. Haha.
Eh ini entry emosi, tak boleh gelak banyak.
Ha pasal projek mega tu, pemimpin kita dah ketandusan idea ke? Dengar macam tak ada duit, siap kalau bagi bonus boleh defisit (apa benda defisit ni sebenarnya saya pun tak pasti, tapi ia bukan satu yang positif. Huhu). Pastu alih-alih ko cakap nak laburkan 5 BILLION untuk menara 100 tingkat. Wutda!!
5 Billion tu. Kalau 5 ringgit tak hairanlah. Orang miskin berlambak, orang susah yang tunggu krew Bersamamu datang pun ramai, lagi hendak menghabiskan duit kat benda yang sia-sia pada rakyat biasa. Untuk “orang-orang” tu iyela kot. Tak pun untuk orang-orang Indonesia, Bangla, Myanmar and PATI semua. Memanglah mereka-mereka ini suka sebab banyak kerja kosong untuk diaorang nanti. Sudahnya, anak “tuan rumah” yang merana, sebabnya anak-anak “tuan rumah” ni mana nak jadi kontraktor wey. Tak standardlah.
Lepas itu nanti, mesti pihak-pihak berkepentingan ni mana nak ambil kepakaran tempatan. Bagi diaorang tak kelaslah. Perancang, arkitek, kontraktor, pemilik, pembeli, penyewa mesti orang kulit putih-putih. Tak pun yang hitam legam. Yang sawo matang macam anak “tuan rumah” susah sikit banyak nak dapat kot. Kalau dapat pun, orang Islam, Bumiputera, dan Melayu mesti susah nak hidup. Contoh pun dah banyak. Cuma nak ambil iktibar atau tidak je.
Lepas tu lagi, yang saya paling sakit hati kenapalah orang-orang atas kita ni macam tak ada idea bernas, waras dan selaras dengan moto yang diaorang duk bangga-bangga sangat tu. Apa sebenarnya makna “Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan”? Sekarang ini era pemimpin yang baru, tak payahlah nak banding-banding atau dengan lebih tepat ikut apa sahaja yang pemimpin lama buat. Masa dia dulu negara tercinta memang orang luar negara tak kenal. Silap-silap diaorang ingat orang Malaysia ni duduk dalam hutan lagi. Sekarang ni, Malaysia dah terkenal, cakap Twin Tower, Penang Bridge, F1 Sepang, KLIA hampir satu dunia tahu. Itu zaman dia, dia fikir nak naikkan Malaysia harus ada pembangunan fizikal yang pesat. Sekarang zaman dia dah lepas, objektif dah tercapai, cubalah terkenalkan Malaysia dengan cara lain pulak. Banyak je kalau mereka-mereka ni BERFIKIR dan ambil pelajaran dari pengalaman lepas.Ini, apa orang cadangkan, nampak banyak duit boleh masyuk kat kroni, on saja. Pastu cakap tak pakai duit rakyat. Buktikanlah kalau tak pakai. Buktikan kalau berhutang. Rakyat pun dah ramai berhutang, siap muda-muda lagi dah bankrap. Apa nak malu.
Pastu saya hairan bin pelik jugak. Pak-pak menteri yang pergi lawatan ke luar negara tu buat apa, tak tengok dan ambil iktibar ke dari perjalanan diaorang tu? Sekarang dunia heboh pasal Pembangunan Mampan, Green Development and paling teruk konon dunia nak kiamat tahun 2012 nanti, lagi boleh fikir nak habiskan duit buat benda yang bertentangan. Sibuk sangat nak lawan-lawan bangunan siapa paling tinggi apa hal??? Nak sangat, buatlah sampai langit ke tujuh. Biar sekali tu habiskan duit pastu tak ada dah orang nak lawan bangunan ko dan lepas tu tanggunglah balasan Tuhan.
Sebenarnya, saya sedih sangat. Apalah maknanya saya dan kawan-kawan belajar ilmu Perancangan Bandar dan Wilayah dulu? Satu benda yang kitaorang belajar dulu, susah sangat dapat laksanakan. Pensyarah duk bercerita dengan semangat pasal pembangunan mampan, pembangunan hijau, penyertaan komuniti, perancangan komuniti tapi satu pun susah betul nak tengok dalam dunia realiti. Sudahnya, perancang rancanglah semampan mana, politikus tetap akan gigit-gigit makan pelan pembangunan korang. Haha.
Kesimpulannya, kembalilah ke pangkal jalan. Buka kitab kita. Baca diri dan keadaan sekeliling kita. Fikir dan tanya balik siapa kita? Di mana kita? Apa tujuan kita? Apa matlamat kita? Masing-masing ada peranan dan tanggungjawab. Kepada pemimpin rakyat. Fikir akan janji-janji manismu yang berkobar kau khabarkan kepada kami. Jika benar katamu, mengapa kami terasa beban hidup di Malaysia semakin sukar? Mengapa harga barang naik, tapi gaji tak naik, bonus liat nak bahagi-bahagi, bayi jadi macam sampah, orang-orang muda semakin hilang akhlak, orang-orang tua semakin lupa diri, kanak-kanak semakin liar..kenapa ya?
Apakah makna bangunan mencakar langit jika yang robek adalah mentaliti dan rohani rakyat jelata?
———-
Bangunan-bangunan yang mereka dirikan itu senantiasa menjadi pangkal keraguan dalam hati mereka, kecuali bila hati mereka itu telah hancur. Dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.(9:110) Apakah kamu mendirikan pada tiap-tiap tanah tinggi bangunan untuk bermain-main, dan kamu membuat benteng-benteng dengan maksud supaya kamu kekal (di dunia)?(26:128-129) Dan berkata Firaun: “Hai pembesar kaumku, aku tidak mengetahui tuhan bagimu selain aku. Maka bakarlah hai Haman untukku tanah liat, kemudian buatkanlah untukku bangunan yang tinggi supaya aku dapat naik melihat Tuhan Musa, dan sesungguhnya aku benar-benar yakin bahwa dia termasuk orang-orang pendusta”. (28:38) dan (Kami tundukkan pula kepadanya) setan-setan, semuanya ahli bangunan dan penyelam, (38:37) Dan berkatalah Firaun: “Hai Haman, buatkanlah bagiku sebuah bangunan yang tinggi supaya aku sampai ke pintu-pintu,(40:36) Apakah kamu tidak memperhatikan bagaimana Tuhanmu berbuat terhadap kaum Ad?,(yaitu) penduduk Iram yang mempunyai bangunan-bangunan yang tinggi, (89:6-7)







October 21, 2010 at 3:47 am
Salam Pn. Apat (Bakal ibu mithali, insyallah),
Nice 1 apat, its really true bout sumthing yang dirasakan membazir bagi pendapat orang mcam kita. Masyarakat semakin kompius dengan persekitaran dan fikiran semakin tidak rasional untuk merancang dan membangunkan negara.
Disini aku ada 2 perspektif antara negatif dan positif impak from dat plan..negatifnya adalah pembaziran dan tiada langsung dalam keperluan persekitaran negara kita skrg. if we still in red ocean strategy kita x kemana, mengapa kita harus berlumba-lumba untuk bersaing dengan negara lain dari segi struktur dan apa-apa yang TER..tinggi la..besarla..etc..if we build 100 storey building next 5 year kompom ada negara lain akan buat benda yang sama or lebih baik..maybe kearah NEGARA BERPENDAPAT TINGGI, NEGARA MAJU BLA..BLA..
Lets think in 5 billion apa benda lain bole buat? i guess more den 1 building…hehe..emosi ke aku ni? rasa banyak lagi bole kritik..namapun kritik..pasti banyak..heh
from positive part, economic will grow..peluang pekerjaan..support TALENT CORP and 1malaysia dev (i think ni pun ada kepentingan encik pembentang) bla bla..hehe.. better enviroment in our country, mercu tanda, kebanyakan nya dari teknikal dan ekonomi akan positif..emm..tp aku dapat rasa ia akan jadi hanya plan semata untuk nampak RMK-10 beliau WOW..but nothing..hehe
BOLD TO SPEAK FRENZ..KEEP IT WRITING!
Abidullah S. Ali,
Planner not Player..
October 21, 2010 at 3:53 am
Wasalam bapaku (abi) hehe.amin3.
nway thanks, just my 2 cents opinion. many rakyat know ia adalah membazir, orang kaya gila dan yb2 je rasa untung. teett.
November 2, 2010 at 9:16 am
Salam Ibu Mithali dan Ayahanda (Abi)..
pemimpin itu bukan shj memberi keselesaan dan keselamatan pada rakyat di dunia..ttp juga di akhirat sana..km ada gak bincang isu nie di opis…rsnya org x akan faham kalau dia x berada di situasi tersebut..masyarakat kita mkn parah dlm kemajuan yg pemimpin canang-canangkan..ada satu daerah di Johor, isu HIV positif sgt membimbangkan puncanya bukan dr suntikkan jarum ttp disebabkan sumbang mahram..itu baru satu daerah di Johor..belum daerah-daerah lain..macam mana ye kita nk mentadbir negara kalau bakal2 pemimpin kita x dpt menyunting pembangunan dalaman rakyat..pembangunan itu perlu seiring antara fizikal dan akhlak..kalau fizikal kita sibuk2kan utk bina sehingga bangunan setinggi 100 tingkat tp x pernah terpikir utk sibukkan diri mengembalikan akhlak-akhlak anak muda kita..bukankah pemimpin itu asalnya dr anak2 muda…byk benda yg x sepatutnya kita risaukan kita risaukan..”anak dirumah” kita abaikan…apa yg perlu kita buat?diam membisu..atau sama seronok dgn mrk..@mencegah dr awal..caranya…fikirkan mereka yg diberi kuasa dan mereka yang boleh berfikir..jgn smpai kuasa itu mengheret kita ke api yg paling panas tiada taranya..stp kamu akan dipertanggungjawabkan apa yg kamu lakukan..[sgt risau]
November 4, 2010 at 4:33 am
Yup betul tu kak ani. Orang sokong 110%. Hehe. Modal insan tu kena didahulukan sebelum memajukan negara dengan bagunan setinggi langit. Modal insan plak bukan dari segi talent saja. Tapi rohani dan jasmani. Kalau ikut bangunan atau masjid gah zaman kegemilangan Islam dulu, benda tu semua dibina bila Islam tu dah kuat, bila duit zakat berlebih2 sebab penerimanya kurang, fakir miskin takde..patutnya Tuhan didahulukan, akhlak diutamakan.