Edisi Basi
Bismillahirahmanirrahim
Salam sejahtera semua.Untuk pengetahuan anda, saya dah mula menganggur mulai bulan November ni. Yay! (Suka lak menganggur ek haha). So sekarang hanya di rumah sahaja jadi suri rumah sepenuh masa. Huhu. Tapi rasanya duduk rumah seorang2 boring juga. Nak tengok tv 24jam pun tak de mood. Nak masak pun tak de hati sebab makan lunch seorang2 takde selera den. Tapi yang best boleh menjahit. Yay lagi. Alhamdulillah quilt baby dh siap. Sling and barut pun dah selamat. Tinggal tunggu empunya badan je keluar pakai. Bilalah ni..Ai penantian satu debaran..huhu.
Okla sebenarnya nak cerita pasal harijadi encik suami bulan lepas. Yela dah basi tapi nak bagitau jugak sebab dah cakap nak cerita kat entry sebelum ni. Hehe. Untuk pengetahuan hari jadi encik suami jatuh pada 5/10 yang lepas. Tapi dia kurang bernasib baik sebab dapat puan isteri macam saya. Kenapa? sebabnya saya ni suka sambut birthday orang lambat2 termasuklah encik suami. (=.=)’ maafkan kami. Huhu bukan sengaja. Tapi nak buat camne dah jenis macam tu. InsyaAllah akan cuba improve next time. Jadi nak dijadikan cerita. Malam birthday dia tak dela apa2 special pun. Hehe. Hanya ucapan hari lahir ikhlas dari hati sang isteri. Pastu tidur macam biasa. Hehe. Esok baru ada upacara makan pizza untuk birthday boy (ee boy ke?hehe) bersama ahli keluarga mentua kat Kepong. Keluarga kat Kepong pun ada bagi hadiah wrap cantik2 lagi. Terima kasih. Sayang mama abah dan adik2 semua (Jawab bagi pihak abang..hehe).
Esoknya 6/10 barulah turn saya nak sambut birthday encik suami. Simple je. Konon nak belanja tengok konsert Maher Zain kat UIA. Sekali rupanya Maher ZAin nyanyi 2 lagu je. Salah konsert daa. Rupanya tu konsert Lifeline 4 Gaza. En Maher jadi special appearance je. Ciss mati2 ingat konsert dia. Tapi takpela at least dapatlah tengok dia perform live. Best korang. Tapi bila dia keluar kat pentas, saya jadi confused, sekarang ni tengah tengok Maher Zain ke Super Junior. Peminat fanatik dok terjerit2 macam orang angau. Perempuan pulak tu. Apa daa. Lagu yang mengingatkan kita pada Tuhan pun korang boleh terjerit2. Aduhaii. Sampai sekarang terfikir diaorang ni minat Maher ZAin sebab apa?lagunyakah?liriknyakah?atau orangnya? Hurmmm.
Eh ok berbalik pada cerita sambutan harijadi encik suami, ingat lepas habis konsert nak pergi makan sambil romantik2 dengan encik suami tapi terbantut sebab Adik dengan Tya kacau daun join sekali. So haruslah jaga perangai dan tak boleh gedik2 cakap kata2 romantiss sambil tenung mata lama2 dengan melakukan adegan suap meyuap atau adegan suami isteri dengan adanya mereka. Nanti diaorang jeles dan dikhuatiri akan muntah kat gerai tu. Haha.
So bagi suprise cupcake camtu jela. Lupa pulak macam mana reaksi encik suami. Huhu. Tapi legalah dah dapat bagi cupcake tu. At least dia tak boleh cakap saya tak ingat. Huhu.( Padahal 2 minggu sebelum tu penat fikir nak bagi apa sambil surfing2 nak beli cupcake. (+.+).
Ha inilah kek cawan untuk en suami.
Ye, dia seorang peminat setia The Blues. Lepas kahwin lagi menjadi2 minat dia. Huhu.
Anyway sedap jugaklah kek cawan ni. Cuma yang kecewa sikit sebab semua dia buat pakai edible image. Saya prefer yang pakai icing sebab nampak berseni. Kalau pakai edible image ni cantik tapi skema. Huhu. Tapi takpela sesuailah dengan birthday boy. Hehe. Ampun : P
Ha ni pula En Maher Zain, fyi dia tak de kena mengena dengan Anuar Zain atau Ziana Zain. Hehe. Tapi dia best sebab lagu and lirik dia yang bermakna. Suka3.
Hari tu masa jalan2 dating kat alamanda, terdengarlah suara seorang budak lelaki nyanyi lagu Maher Zain. Tak silap lagu InshaAllah. Perghh semangat seh. Dalam hati bersyukur juga. Semoga budak tu faham, hayati dan fikir apa yang dia nyanyikan sekali gus mengingatkan dia pada Tuhan. (^.^)v
Uhuk2..oklah need to stop here. Nanti sambung lagi pasal hasil kerja kerasftangan saya pulak. Ada request nak tengok quilt dengan sling. Huhu. Hodoh je. Hasil kerja beginner la katakan. Tunggu ek. Sebelum tu layan gambar my new “baby”
Tadaaa….










November 4, 2010 at 4:31 am
hehe Thanks mydear entry yg menyentuh jiwa dan tersemat di hati..
November 4, 2010 at 4:34 am
hehe..welcome <3..balik ni banje mkn cahr kuew tiaw faris dgn air kelapa k..hehe ;P
November 8, 2010 at 9:23 am
wahhh..comeylah cup cakes tu..urmm..mana tempah alfath..
November 8, 2010 at 9:31 am
tempah online kat sini
tryla..kek die sedap
November 8, 2010 at 9:32 am
mesin jahit tu..mengingatkan diri ini pada mak di rumah..he3..apart..selamat menjahit…lalalala..
sayang kamu..he3
November 8, 2010 at 9:37 am
hehe tq..mesin jahit tu mengingatkn pada arwah nenek org plak sbb antik sgt..k ani doa kan org konsisten menjahit huhu..org ni slalu hangat2 bunga tahi ayam je..:P
ps: i love you too :*
November 15, 2010 at 6:43 am
apat, cube try makan char koew teow kat belakang Istana Budaya, malam2 jek bukak… sedap.. mcm kat penang…