I’m Back!

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalammualaikum kawan-kawan.

Hiiiiiiiiiiii semua! *sila baca dengan nada bersemangat waja penuh kegembiraan*

Semua sihat ke? Dah makan? Apa khabar anda hari ini? Oh saya rasa masih tak terlambat untuk mengucapkan selamat tahun baru masihi kepada semua. Apa azam tahun baru anda? *ayat bajet macam pengacara hehe*

Ok. Tolong lurus kepada titik.

Dalam english orang kata Please straight to the point.

—-

Yeah. I’m back.

Makanya, kepada mereka-mereka yang rindu nak tengok blog ni dikemaskini, anda boleh melepaskan rindu anda sekarang.

1…..2…..3…..lepaskan!

poottttt..eh salah tu ‘lepas’ lain tu..hehe..gurau je.

Oklah. Sekarang serius. Mak orang kena serius sikit. Serius sikit jelah. Yang banyak kena main-main baru anak-anak ceria gembira kata apat. Hehe : P

Jadi pada 23 November 2011 saya dah selamat jadi ummi kepada seorang lagi hamba Allah yang comel lagi cute yang diberi nama Nuur Aisyah Zinnirah Bt Muhammad Zulfadli. Nak tengok betapa comelnya dia?

Oh silalah tengok ummi dan ayahnya..

*hehe..sekali sekala angkat bakul, siapa-siapa nak muntah bolehlah pinjam bakul ni ye: P*

Masih tak percaya? Nantilah saya upload gambar ye.

Tapi sebenarnya semua baby pun comel-cute-sampai-rasa-nak cium2-cubit2-peluk2 setiap masa.

Serius.

Buktinya, saya rasa saya semakin sukar menerima hakikat akan berpisah dengan buah hati pengarang jantung genit saya, si Aisyah tu. Memikirkan nak cari babysitter atau taska untuk dia pun tak sanggup. Jadi sajalah malas-malas nak survey taska. Aish. kan best kalau nenek si Aisyah ni dah pencen…-.-

Disebabkan malas juga, saya nak minta tolong siapa2 yang tahu siapa2 yang boleh jadi babysitter atau taska yang dipercayai dengan pengasuh yang berwibawa di sekitar Jalan Semarak, Keramat, Kampung Baru, Selayang dan yang sedekat dengannya, bolehlah bagitahu kat saya ya. Kalau korang sendiri berminat pun boleh bagitahu. Nanti kita jumpa buat sikit sesi interview dan suai kenal sambil bincang2 apa yang patut ok. Deal. (^.~)v

Anyway, sempena tahun baru ni sebenarnya saya nak pindah ‘rumah’ baru.

Tapi…

Lepas dapat satu email dari ‘tuan rumah’ sekarang ni, rasa macam tak nak pulak.

Yelah. Orang kata.. Orang berbudi, kita berbahasa.

‘Tuan rumah’ tetiba tahun ni macam berbudi lak.

Jadi, segan pulak bila tak berbahasa walaupun dia bukan faham bahasa Melayu ni (kot).

Tapi..

Demi masa depan yang lebih bahagia dan kaya *maaf. agak materialistik di situ haha*, saya rasa saya patut berhijrah.

Yang pasti tempat hijrah saya pasti lebih best dari tv alhijrah yang kurang meniktikberatkan kualiti dan isi kandungan program dan cerita2 yang ditayangkan di samping tidak menampakkan ciri2 yang dapat menarik minat generasi muda dengan warna2 suram dan menakutkan dan terlalu mengejarkan konsep 1 Malaysia sehingga melupakan konsep sebenar Islam. Pendek kata bagai melepaskan batuk di tangga dan tidak kreatif. Sad.

Eh ter-mengambil kesempatan komen tv alhijrah pulak! haha.

Jadi, untuk tahu saya akan berpindah atau tidak sila nantikan. saya plan nak reveal rumah baru masa hari ke-40 berpantang iaitu pada 5 Januari nanti.

So, kita tengoklah macam mana nanti.

Tunggu ek kawan2.

Eh jap nak mengambil kesempatan lagi, nak berterima kasih banyak2 daun keladi kepada semua rakan taulan dan sahabat handai yang datang melawat saya dan baby Aisyah.

Yang bagi hadiah pada Aisyah,  Aisyah kata “tentiu auty uncle, i lap u shoo mush”.

Yang tak bawa hadiah jangan terasa pula ya, Aisyah pun cakap “tentiu sho mush. lap u too.. besday Aisyah nanti boleh bagi hadiah lagi.hihi”..

heppp Aisyahh.=.=’

—–

Buat anakku, Nuur Aisyah Zinnirah ingatlah tujuan hidupmu:

“Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku.” (AQ 51:56)

Semoga dirimu bercahaya ibarat Saidatina Aisyah yang cerdik, pintar dan memahami Al-Quran dan mencintai Rasulullah dengan seluruh jiwanya. serta seperti Zinnirah yang sangat tabah dan menyintai Allah, penciptanya.

(^___^)

 

 

 

 

 


  1. so ummi apat, skang gumah di mana???dh pindah gumah ke blum??




Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s



Follow

Get every new post delivered to your Inbox.