woot woot

Bismillahirrahmanirrahim..

Hi guys and peeps..
From now on, i officially blogging at my new address:

http://www.sheapath.blogspot.com

 

Saja berhijrah tukar angin.

So sesiapa yang ada gmail,

boleh follow me, bedak badan wangi, gunakan untuk kesegaran sepanjang hari~

🙂

 

 

 

“orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad di jalan Allah dengan harta, benda dan diri mereka, adalah lebih tinggi derajatnya di sisi Allah; dan itulah orang-orang yang mendapat kemenangan.” (9:20)

 

 

2010 in review

Bismillahirrahmanirrahim..

Pergh..pergh..pergh..

Bila dapat email ni hampir timbul rasa yang tak patut dirasa. Tapi bila teringat blog blogger lain yang lebih hebat macam Hanis Zalikha dan Fatin Hanis yang berjaya menjana pendapatan melalui blog, hilang rasa riak dan takbur semua.

Ya saya hanya blogger hingusan. Preeetttt* bunyi hembus hingus* (-.-)

—————-

The stats helper monkeys at WordPress.com mulled over how this blog did in 2010, and here’s a high level summary of its overall blog health:

Healthy blog!

The Blog-Health-o-Meter™ reads Wow.

Crunchy numbers

Featured image

A Boeing 747-400 passenger jet can hold 416 passengers. This blog was viewed about 2,200 times in 2010. That’s about 5 full 747s.

In 2010, there were 32 new posts, growing the total archive of this blog to 69 posts. There were 28 pictures uploaded, taking up a total of 17mb. That’s about 2 pictures per month.

The busiest day of the year was April 28th with 55 views. The most popular post that day was Poor kid.

Where did they come from?

The top referring sites in 2010 were noorkhamisah.wordpress.com, zarasham.blogspot.com, masjuaini.newmalay.com, facebook.com, and mail.yahoo.com. (terima kasih kawan2 atas support anda yang sentiasa melawat blog ini. Anugerah ini milik anda semua. *Perasan lagi…*.*)

Some visitors came searching, mostly for perkahwinan, amirulrasyid amzah, syahida alfath, foto perkahwinan, and kek lapis sarawak siti payung.

Attractions in 2010

These are the posts and pages that got the most views in 2010.

1

Poor kid April 2010

2

PS, I Love You~ June 2009
3 comments

3

WARNA WARNI HARI RAYA August 2010

4

Cita-cita Bakal Ibu October 2010
3 comments

5

Nikah: The beginning of True Love Journey ^^)v January 2010
10 comments

Pesanan dari WordPress:

Some of your most popular posts were written before 2010. Your writing has staying power! Consider writing about those topics again.

And,

If you liked what you saw in this summary and want to know more about how your blog is doing, you can always visit your Site Stats, where our helper-monkeys are working day and night to provide you with pages and pages of detail on how your blog is doing.

If you have any feedback on this email, please click here for a very short survey (in English). We would love to hear from you.

Thanks for flying with WordPress.com in 2010.
We look forward to serving you again in 2011! Happy New Year!

Andy, Joen, Martin, Zé, and Automattic
————

Thank you and.What.tever. (^^)

I’m Back!

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalammualaikum kawan-kawan.

Hiiiiiiiiiiii semua! *sila baca dengan nada bersemangat waja penuh kegembiraan*

Semua sihat ke? Dah makan? Apa khabar anda hari ini? Oh saya rasa masih tak terlambat untuk mengucapkan selamat tahun baru masihi kepada semua. Apa azam tahun baru anda? *ayat bajet macam pengacara hehe*

Ok. Tolong lurus kepada titik.

Dalam english orang kata Please straight to the point.

—-

Yeah. I’m back.

Makanya, kepada mereka-mereka yang rindu nak tengok blog ni dikemaskini, anda boleh melepaskan rindu anda sekarang.

1…..2…..3…..lepaskan!

poottttt..eh salah tu ‘lepas’ lain tu..hehe..gurau je.

Oklah. Sekarang serius. Mak orang kena serius sikit. Serius sikit jelah. Yang banyak kena main-main baru anak-anak ceria gembira kata apat. Hehe : P

Jadi pada 23 November 2011 saya dah selamat jadi ummi kepada seorang lagi hamba Allah yang comel lagi cute yang diberi nama Nuur Aisyah Zinnirah Bt Muhammad Zulfadli. Nak tengok betapa comelnya dia?

Oh silalah tengok ummi dan ayahnya..

*hehe..sekali sekala angkat bakul, siapa-siapa nak muntah bolehlah pinjam bakul ni ye: P*

Masih tak percaya? Nantilah saya upload gambar ye.

Tapi sebenarnya semua baby pun comel-cute-sampai-rasa-nak cium2-cubit2-peluk2 setiap masa.

Serius.

Buktinya, saya rasa saya semakin sukar menerima hakikat akan berpisah dengan buah hati pengarang jantung genit saya, si Aisyah tu. Memikirkan nak cari babysitter atau taska untuk dia pun tak sanggup. Jadi sajalah malas-malas nak survey taska. Aish. kan best kalau nenek si Aisyah ni dah pencen…-.-

Disebabkan malas juga, saya nak minta tolong siapa2 yang tahu siapa2 yang boleh jadi babysitter atau taska yang dipercayai dengan pengasuh yang berwibawa di sekitar Jalan Semarak, Keramat, Kampung Baru, Selayang dan yang sedekat dengannya, bolehlah bagitahu kat saya ya. Kalau korang sendiri berminat pun boleh bagitahu. Nanti kita jumpa buat sikit sesi interview dan suai kenal sambil bincang2 apa yang patut ok. Deal. (^.~)v

Anyway, sempena tahun baru ni sebenarnya saya nak pindah ‘rumah’ baru.

Tapi…

Lepas dapat satu email dari ‘tuan rumah’ sekarang ni, rasa macam tak nak pulak.

Yelah. Orang kata.. Orang berbudi, kita berbahasa.

‘Tuan rumah’ tetiba tahun ni macam berbudi lak.

Jadi, segan pulak bila tak berbahasa walaupun dia bukan faham bahasa Melayu ni (kot).

Tapi..

Demi masa depan yang lebih bahagia dan kaya *maaf. agak materialistik di situ haha*, saya rasa saya patut berhijrah.

Yang pasti tempat hijrah saya pasti lebih best dari tv alhijrah yang kurang meniktikberatkan kualiti dan isi kandungan program dan cerita2 yang ditayangkan di samping tidak menampakkan ciri2 yang dapat menarik minat generasi muda dengan warna2 suram dan menakutkan dan terlalu mengejarkan konsep 1 Malaysia sehingga melupakan konsep sebenar Islam. Pendek kata bagai melepaskan batuk di tangga dan tidak kreatif. Sad.

Eh ter-mengambil kesempatan komen tv alhijrah pulak! haha.

Jadi, untuk tahu saya akan berpindah atau tidak sila nantikan. saya plan nak reveal rumah baru masa hari ke-40 berpantang iaitu pada 5 Januari nanti.

So, kita tengoklah macam mana nanti.

Tunggu ek kawan2.

Eh jap nak mengambil kesempatan lagi, nak berterima kasih banyak2 daun keladi kepada semua rakan taulan dan sahabat handai yang datang melawat saya dan baby Aisyah.

Yang bagi hadiah pada Aisyah,  Aisyah kata “tentiu auty uncle, i lap u shoo mush”.

Yang tak bawa hadiah jangan terasa pula ya, Aisyah pun cakap “tentiu sho mush. lap u too.. besday Aisyah nanti boleh bagi hadiah lagi.hihi”..

heppp Aisyahh.=.=’

—–

Buat anakku, Nuur Aisyah Zinnirah ingatlah tujuan hidupmu:

“Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku.” (AQ 51:56)

Semoga dirimu bercahaya ibarat Saidatina Aisyah yang cerdik, pintar dan memahami Al-Quran dan mencintai Rasulullah dengan seluruh jiwanya. serta seperti Zinnirah yang sangat tabah dan menyintai Allah, penciptanya.

(^___^)

 

 

 

 

 

Edisi Basi

Bismillahirahmanirrahim

Salam sejahtera semua.Untuk pengetahuan anda, saya dah mula menganggur mulai bulan November ni. Yay! (Suka lak menganggur ek haha). So sekarang hanya di rumah sahaja jadi suri rumah sepenuh masa. Huhu. Tapi rasanya duduk rumah seorang2 boring juga. Nak tengok tv 24jam pun tak de mood. Nak masak pun tak de hati sebab makan lunch seorang2 takde selera den. Tapi yang best boleh menjahit. Yay lagi. Alhamdulillah quilt baby dh siap. Sling and barut pun dah selamat. Tinggal tunggu empunya badan je keluar pakai. Bilalah ni..Ai penantian satu debaran..huhu.

Okla sebenarnya nak cerita pasal harijadi encik suami bulan lepas. Yela dah basi tapi nak bagitau jugak sebab dah cakap nak cerita kat entry sebelum ni. Hehe. Untuk pengetahuan hari jadi encik suami jatuh pada 5/10 yang lepas. Tapi dia kurang bernasib baik sebab dapat puan isteri macam saya. Kenapa? sebabnya saya ni suka sambut birthday orang lambat2 termasuklah encik suami. (=.=)’ maafkan kami. Huhu bukan sengaja. Tapi nak buat camne dah jenis macam tu. InsyaAllah akan cuba improve next time. Jadi nak dijadikan cerita. Malam birthday dia tak dela apa2 special pun. Hehe. Hanya ucapan hari lahir ikhlas dari hati sang isteri. Pastu tidur macam biasa. Hehe. Esok baru ada upacara makan pizza untuk birthday boy (ee boy ke?hehe) bersama ahli keluarga mentua kat Kepong. Keluarga kat Kepong pun ada bagi hadiah wrap cantik2 lagi. Terima kasih. Sayang mama abah dan adik2 semua (Jawab bagi pihak abang..hehe).

Esoknya 6/10 barulah turn saya nak sambut birthday encik suami. Simple je. Konon nak belanja tengok konsert Maher Zain kat UIA. Sekali rupanya Maher ZAin nyanyi 2 lagu je. Salah konsert daa. Rupanya tu konsert Lifeline 4 Gaza. En Maher jadi special appearance je. Ciss mati2 ingat konsert dia. Tapi takpela at least dapatlah tengok dia perform live. Best korang. Tapi bila dia keluar kat pentas, saya jadi confused, sekarang ni tengah tengok Maher Zain ke Super Junior. Peminat fanatik dok terjerit2 macam orang angau. Perempuan pulak tu. Apa daa. Lagu yang mengingatkan kita pada Tuhan pun korang boleh terjerit2. Aduhaii. Sampai sekarang terfikir diaorang ni minat Maher ZAin sebab apa?lagunyakah?liriknyakah?atau orangnya? Hurmmm.

Eh ok berbalik pada cerita sambutan harijadi encik suami, ingat lepas habis konsert nak pergi makan sambil romantik2 dengan encik suami tapi terbantut sebab Adik dengan Tya kacau daun join sekali. So haruslah jaga perangai dan tak boleh gedik2 cakap kata2 romantiss sambil tenung mata lama2 dengan melakukan adegan suap meyuap atau adegan suami isteri dengan adanya mereka. Nanti diaorang jeles dan dikhuatiri akan muntah kat gerai tu. Haha.

So bagi suprise cupcake camtu jela. Lupa pulak macam mana reaksi encik suami. Huhu. Tapi legalah dah dapat bagi cupcake tu. At least dia tak boleh cakap saya tak ingat. Huhu.( Padahal 2 minggu sebelum tu penat fikir nak bagi apa sambil surfing2 nak beli cupcake. (+.+).

Ha inilah kek cawan untuk en suami.

Ye, dia seorang peminat setia The Blues. Lepas kahwin lagi menjadi2 minat dia. Huhu.

Anyway sedap jugaklah kek cawan ni. Cuma yang kecewa sikit sebab semua dia buat pakai edible image. Saya prefer yang pakai icing sebab nampak berseni. Kalau pakai edible image ni cantik tapi skema. Huhu. Tapi takpela sesuailah dengan birthday boy. Hehe. Ampun : P

Ha ni pula En Maher Zain, fyi dia tak de kena mengena dengan Anuar Zain atau Ziana Zain. Hehe. Tapi dia best sebab lagu and lirik dia yang bermakna. Suka3.

Hari tu masa jalan2 dating kat alamanda, terdengarlah suara seorang budak lelaki nyanyi lagu Maher Zain. Tak silap lagu InshaAllah. Perghh semangat seh. Dalam hati bersyukur juga. Semoga budak tu faham, hayati dan fikir apa yang dia nyanyikan sekali gus mengingatkan dia pada Tuhan.  (^.^)v

Uhuk2..oklah need to stop here. Nanti sambung lagi pasal hasil kerja kerasftangan saya pulak. Ada request nak tengok quilt dengan sling. Huhu. Hodoh je. Hasil kerja beginner la katakan. Tunggu ek. Sebelum tu layan gambar my new “baby”

Tadaaa….

😉

Bismillahirahmanirrahim.

Pesanan Penaja: Ini adalah entry luahan perasaan seorang rakyat Malaysia yang prihatin yang kecewa dan geram. Maka minta maaf kalau entry ini berbaur politik, emosi dan penuh dengan kegeraman. Wutda!!

Ok. Pertama-tamanya, saya sungguh emosi sejak mengetahui pasal projek menara mega 100 tingkat yang dicadangkan oleh pihak berkuasa semalam. Ya, saya agak lambat tahu sebabnya masa saya dengar pembentangan belanjawan hari tu agak lewat. Dengar-dengar Encik Pembentang cakap pasal seluar dalam. Haha.

Eh ini entry emosi, tak boleh gelak banyak.

Ha pasal projek mega tu, pemimpin kita dah ketandusan idea ke? Dengar macam tak ada duit, siap kalau bagi bonus boleh defisit (apa benda defisit ni sebenarnya saya pun tak pasti, tapi ia bukan satu yang positif. Huhu). Pastu alih-alih ko cakap nak laburkan 5 BILLION untuk menara 100 tingkat. Wutda!!

5 Billion tu. Kalau 5 ringgit tak hairanlah. Orang miskin berlambak, orang susah yang tunggu krew Bersamamu datang pun ramai, lagi hendak menghabiskan duit kat benda yang sia-sia pada rakyat biasa. Untuk “orang-orang” tu iyela kot. Tak pun untuk orang-orang Indonesia, Bangla, Myanmar and PATI semua. Memanglah mereka-mereka ini suka sebab banyak kerja kosong untuk diaorang nanti. Sudahnya, anak “tuan rumah” yang merana, sebabnya anak-anak “tuan rumah” ni mana nak jadi kontraktor wey. Tak standardlah.

Lepas itu nanti, mesti pihak-pihak berkepentingan ni mana nak ambil kepakaran tempatan. Bagi diaorang tak kelaslah. Perancang, arkitek, kontraktor, pemilik, pembeli, penyewa mesti orang kulit putih-putih. Tak pun yang hitam legam. Yang sawo matang macam anak “tuan rumah” susah sikit banyak nak dapat kot. Kalau dapat pun, orang Islam, Bumiputera, dan Melayu mesti susah nak hidup. Contoh pun dah banyak. Cuma nak ambil iktibar atau tidak je.

Lepas tu lagi, yang saya paling sakit hati kenapalah orang-orang atas kita ni macam tak ada idea bernas, waras dan selaras dengan moto yang diaorang duk bangga-bangga sangat tu. Apa sebenarnya makna “Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan”? Sekarang ini era pemimpin yang baru, tak payahlah nak banding-banding atau dengan lebih tepat ikut apa sahaja yang pemimpin lama buat. Masa dia dulu negara tercinta memang orang luar negara tak kenal. Silap-silap diaorang ingat orang Malaysia ni duduk dalam hutan lagi. Sekarang ni, Malaysia dah terkenal, cakap Twin Tower, Penang Bridge, F1 Sepang, KLIA hampir satu dunia tahu. Itu zaman dia, dia fikir nak naikkan Malaysia harus ada pembangunan fizikal yang pesat. Sekarang zaman dia dah lepas, objektif dah tercapai, cubalah terkenalkan Malaysia dengan cara lain pulak. Banyak je kalau mereka-mereka ni BERFIKIR dan ambil pelajaran dari pengalaman lepas.Ini, apa orang cadangkan, nampak banyak duit boleh masyuk kat kroni, on saja. Pastu cakap tak pakai duit rakyat. Buktikanlah kalau tak pakai. Buktikan kalau berhutang. Rakyat pun dah ramai berhutang, siap muda-muda lagi dah bankrap. Apa nak malu.

Pastu saya hairan bin pelik jugak. Pak-pak menteri yang pergi lawatan ke luar negara tu buat apa, tak tengok dan ambil iktibar ke dari perjalanan diaorang tu? Sekarang dunia heboh pasal Pembangunan Mampan, Green Development and paling teruk konon dunia nak kiamat tahun 2012 nanti, lagi boleh fikir nak habiskan duit buat benda yang bertentangan. Sibuk sangat nak lawan-lawan bangunan siapa paling tinggi apa hal??? Nak sangat, buatlah sampai langit ke tujuh. Biar sekali tu habiskan duit pastu tak ada dah orang nak lawan bangunan ko dan lepas tu tanggunglah balasan Tuhan.

Sebenarnya, saya sedih sangat. Apalah maknanya saya dan kawan-kawan belajar ilmu Perancangan Bandar dan Wilayah dulu? Satu benda yang kitaorang belajar dulu, susah sangat dapat laksanakan. Pensyarah duk bercerita dengan semangat pasal pembangunan mampan, pembangunan hijau, penyertaan komuniti, perancangan komuniti tapi satu pun susah betul nak tengok dalam dunia realiti. Sudahnya, perancang rancanglah semampan mana, politikus tetap akan gigit-gigit makan pelan pembangunan korang. Haha.

Kesimpulannya, kembalilah ke pangkal jalan. Buka kitab kita. Baca diri dan keadaan sekeliling kita. Fikir dan tanya balik siapa kita? Di mana kita? Apa tujuan kita? Apa matlamat kita? Masing-masing ada peranan dan tanggungjawab. Kepada pemimpin rakyat. Fikir akan janji-janji manismu yang berkobar kau khabarkan kepada kami. Jika benar katamu, mengapa kami terasa beban hidup di Malaysia semakin sukar? Mengapa harga barang naik, tapi gaji tak naik, bonus liat nak bahagi-bahagi, bayi jadi macam sampah, orang-orang muda semakin hilang akhlak, orang-orang tua semakin lupa diri, kanak-kanak semakin liar..kenapa ya?

Apakah makna bangunan mencakar langit jika yang robek adalah mentaliti dan rohani rakyat jelata?

———-

Bangunan-bangunan yang mereka dirikan itu senantiasa menjadi pangkal keraguan dalam hati mereka, kecuali bila hati mereka itu telah hancur. Dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.(9:110)
Apakah kamu mendirikan pada tiap-tiap tanah tinggi bangunan untuk bermain-main, dan kamu membuat benteng-benteng dengan maksud supaya kamu kekal (di dunia)?(26:128-129)
Dan berkata Firaun: “Hai pembesar kaumku, aku tidak mengetahui tuhan bagimu selain aku. Maka bakarlah hai Haman untukku tanah liat, kemudian buatkanlah untukku bangunan yang tinggi supaya aku dapat naik melihat Tuhan Musa, dan sesungguhnya aku benar-benar yakin bahwa dia termasuk orang-orang pendusta”. (28:38)
dan (Kami tundukkan pula kepadanya) setan-setan, semuanya ahli bangunan dan penyelam, (38:37)
Dan berkatalah Firaun: “Hai Haman, buatkanlah bagiku sebuah bangunan yang tinggi supaya aku sampai ke pintu-pintu,(40:36)
Apakah kamu tidak memperhatikan bagaimana Tuhanmu berbuat terhadap kaum Ad?,(yaitu) penduduk Iram yang mempunyai bangunan-bangunan yang tinggi, (89:6-7)

Bismillah..

Hehe. Ini adalah entry kedua untuk hari ini.

Saja nak uji garis (line) internet di blok alam bina ni. Betul ke dah ok ni? Haha. Alasan! (^p^)v

Tulis blog – Lancar.

Blog walking – Macam mana nak jadi penulis blog berjaya macam mereka-mereka ni?

Facebook – Nantilah reply komen.

Gmail – Macam biasa, loading lambat gila. Oh dah ada satu mesej dari Cikcaca. Hehe

Gtalk – Dah hijau.

Yahoo mail – Ade satu mesej baru.

YM – Siapa saya nak kacau ni?

Email Boss – Tak ada yang berkaitan.

Hrfin –  Arghh malasnya nak buat claim.Kalau dapat dekat saya tak apa juga.

Ok kesimpulannya memang dah kembali ke pangkuan blok internet ni. Mari kita surfingggggg. Yay!

Bulan bahasa Malaysia :)

Bismillahirahmanirrahim

Apa khabar blog? oh kawan-kawan pun khabar? 🙂

Minta maaf sebab dah lama tak kemaskini blog kesayangan ni. Masa ada tapi selalu tak ada kesempatan, kadang-kadang tak ada idea nak buat ayat pun ya juga. Hihi.

Oklah kali ini entry hendak cepat-cepat. Sebabnya hari ini saya dalam talian menggunakan jalur lebar boss berjenama T-Mobile dengan perkhidmatan internet daripada Celcom, Kuasa di Tangan Anda (tipu!). Boleh tahan jugak. Laju dan garis bersih (line clear). Hehe.

Psstt..korang tahu tak..bulan ini bulan bahasa kebangsaan tahu.

Ok itu je nak cakap. Boss dah start tegur pasal master. Uhuk uhuk.

Hilang selera nak tulis blog. =.=’

Eh sekejap. Psstt lagi..minggu ini kandungan saya dah 36 minggu iaitu bersamaan 9 bulan (36 minggu bahagi 4minggu hehe). Yay!

Maknanya tak lama lagi bolehlah jumpa makhluk tuhan paling comel seksi tak pakai baju yang duduk, tidur, makan, buang air semua dalam rahim perut buncit ini.

Hurm..kalau keluar hari ini menarik jugak kan. 20.10.10.

Tapi macam tak sempat, jadi anakku sayang kalau boleh keluarlah 01.11.10 atau 10.11.10 atau 11.11.10.

Kalau tak boleh jangan paksa ya, Ummi tak marah pun sebab doktor anggar baby keluar pun 19.11.2010. Lama lagi. Saja nak minta keluar awal sebab nak dapat tarikh cantik. Hehe. Gedik. (~.^)v

Ok hari ini saya ada teka teki yang berbunyi;

“Teka teki, teka tekuk,

Cuba teka, baby saya lelaki ke perempuan?”

Teehee. Siapa betul, dapat…..jengjengjeng

100 markah. Yay!

\\(^______^)//

…..

Dialah Yang menciptakan kamu dari diri yang satu dan daripadanya Dia menciptakan istrinya, agar dia merasa senang kepadanya. Maka setelah dicampurinya, istrinya itu mengandung kandungan yang ringan, dan teruslah dia merasa ringan (beberapa waktu). Kemudian tatkala dia merasa berat, keduanya (suami istri) bermohon kepada Allah, Tuhannya seraya berkata: “Sesungguhnya jika Engkau memberi kami anak yang sempurna, tentulah kami termasuk orang-orang yang bersyukur”.(Al-A’raaf: 189)

 

 

 

 

 

 

 

Bismillah..

Alhamdulillah hari Ahad lepas saya berpeluang ke my bestfriend wedding, Pn Syikin kat Kuantan. Terima kasih kepada En Suami yang menjadi pemandu tegar dan pendengar setia gosip dan cerita hangat Pn Isteri dan rakan gossip girlnya, Cik Cha dan Cik Min. Terima kasih kerana anda berdua buat saya tak tidur sepanjang perjalanan yang memang panjang. Boleh masuk rekod ni.

Ok, dalam banyak-banyak cerita gosip dan merepek yang kami dok cerita dalam kereta, topik gosip anduh bayi sangat menarik hati jiwa dan raga seorang bakal ibu ni. Kak Cha dengan begitu semangat mengesyorkan saya beli baby sling macam kak senior dia. Dia kata best. Dan saya tengok memang best pun. Selalu tengok sepupu suami pakai, macam in giler baby sling ni. Lagi-lagi kalau ada corak-corak menarik atau corak sepasang dengan baju.

Anway baby sling ni sebenarnya dah lama wujud. Tapi dulu, bibik-bibik yang biasanya berketurunan Java je yang pakai. Tapi dorang tak panggil baby sling or baby pouch, dorang panggil emban (terima kasih En Google!). Pastu kain pulak guna kain batik je. Confirmlah orang tak pandang sangatkan. Tapi lately ni, sejak banyak celebrity antarabangsa pakai, baru orang pandang and komersialkan benda ni. Sekian sejarah baby sling.

Ok, sebenarnya nak cakap, sekarang ni (esok lusa tulat langkat harapnya pun camtu) sangatlah bercita-cita bagaikan mengidam nak menjahit sendiri baby sling sebabnya nampak senang je nak buat. Mesin jahit mak mentua tersayang pun dah lama tak sentuh. Last sentuh masa kemas-kemas untuk raya. Tu pun sentuh lap-lap habuk jela. Sentuh untuk menjahit tak pernah lagi pun. Hehe.

Jadi, oleh sebab semangat yang membara, pergilah tanya-tanya kat En Google cara-cara nak DIY baby sling ni. Yang hampehnya, tak jumpa langsung website berbahasa kebangsaan Malaysia cerita secara terperinci cara nak buat benda alah ni. Keciwa den. Yang banyak buat tutorial and ajar buat or pakai baby sling ni, orang-orang putih. Bagus dorang ni, tak kedekut ilmu. So dengan kepandaian Bahasa Inggeris tahap 1, saya cuba memahami langkah-langkah nak  buat baby sling tu. Alhamdulillah, tak sangka English saya dah up ke tahap 2. Haha.

Jadi bagi sesiapa yang ada cita-cita yang serupa, bolehlah melayari website best nak wat baby sling ni:

slingyourbaby

mykarmababy

Website ni kalau nak belajar buat Mei Tai..(Mei Tai pun cambest dan macam senang.Macam jela)

craftedbymama

Yang ni pulak pasal cara pakai and nak buat bayi atau baby wearing, kelebihan baby sling dan perkara yang sewaktu dengannya. Dia siap ajar cara paling mudah nak sling baby, tak payah jahit pun boleh, guna material yang ada je..best..ee tak sabar rasanya nak sling baby dalam perut ni. Hehe

wearyourbaby

Okla. nak sambung tido and mimpi indah pasal baby sling. hehe.

Oh ya, buat Sang Suami buah hati penggarang jantung penyejuk mata penyedap telinga pelengkap rasa yang tercinta, Selamat Hari Jadi sayang. Entry pasal awak saya buat esok k, lepas kita celebrate malam esok dan malam esoknya lagi. Hehe. I love you so mush abang. Cup3 :*

Good Night. Sleep Tite.

Bismillahirrahmanirrahim.

Selamat berhari raya ke-sepuluh.

Minal Aidil wal Faizin.

Macam-macam kejadian hari raya tahun ini.

Paling dahsyat kes Datuk Sosilawati dan kawan-kawan.

Takziah buat kempat-empat keluarga mangsa.

Lagi yang dahsyat, hari-hari ada cerita hantu kat TV, dulu hari-hari raya cerita air mata.

Muak kot tengok Rosyam Nor dengan Fauziah Nawi nangis-nangis tahun lepas. Huhu

Mentang-mentang dah tak puasa, syaitan hantu semua konon dah dilepaskan.

Habis semua nak interframe mencari publisiti dalam tv malaysia. Adoihai.

Cubalah raya-raya ni buat cerita gembira, ceria di hari raya, tak boleh ke.

Papepun, raya tahun ni, saya beraya sebagai isteri orang dan orang ‘gemuk’. Huhu.

(Tak sanggup you tengok gambar-gambar jadi mak buyung!Cam tak percaya je boleh jadi sebesar itu.huhu.)

Tapi Alhamdulillah. Gumbira rasa hati di Aidilfitri.

Luas linkungan skop beraya tahun ni.

Tahun depan insyaAllah nak tolong collect duit raya baby pula..Hihihi 😛

Bismillahirrahmanirrahim

Hari ini rasa macam nak berpuisi atau berpantun atau bersyair atau bermadah berhelah.Huhu. Ok. Layankan saja.

Mmm..Ermm..Aaa..

Ok.1,2,3 mula.(haha macam berlumba plak ye)

—–

Dengan NamaNya..

Jika dapatku memilih,

Untuk tidak punya hati, tidak punya perasaan, tidak punya rasa,

Mungkin aku akan lebih bahagia,

Kerana apa orang kata,

Apa orang buat,

Apa orang cerita,

Aku takkan ambil kisah,

tidak ambil pusing,

Malah mungkin bolehku bergelak ketawa melihat kerenah masing-masing,

Yang kadang bagai terlupa memerlakukanku seperti orang asing.

Seperti hilang di mata,

hilang di hati,

hilang dari dunia mereka.

Tapi apakan daya,

Aku hanya seorang hamba.

Dan aku redha.

Kerana aku tahu aku ada Dia.

Di cermin kaca ku berkata,

dan lalu senyum pada seorang hambaNya,

Yakinlah wahai hamba,

Pasti semua ada hikmahnya.

Alhamdulillah.

Mood: emo

End.

Ok sebelum terlupa, walaupun dah terlambat beberapa hari, saya ucapkan;

SELAMAT HARI MERDEKA MALAYSIA.

Sudah 53 tahun Malaysia berdiri sendiri, berdikari.

Jadi seharusnya rakyat Malaysia itu punya jati diri, punya harga diri, punya maruah diri, punya pemikiran sendiri kan.

Dan;

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.

untuk semua kawan-kawan dan pungunjung blog picisan ini.

Oh ucapan ni advance hampir seminggu bukan sebab suruh korang tak sabar nak beraya sakan, melahap ketupat rendang dan membuat korang rasa tak sabar nak tengok drama-drama atau filem khas di hari raya.

Tapi nak ingatkan, semakin hampir kita kepada hari raya, adakah kita semakin kembali kepada fitrahNya. 🙂

Akhir kata, selamat semuanya.

Ilaliqaq wa maasalamah. (wa lamanye tak speaking arab..)

Next Page »